Saturday, 12 October 2013

Yakjuj Dan Makjuj

Yakjuj Dan Makjuj
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog saya sekalian.Setinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk menulis blog ini.In Syaa Allah,pada kali ini saya akan membincangkan serba sedikit tentang Yakjuj dan Makjuj,salah satu daripada tanda-tanda besar hari kiamat,iaitu satu puak atau kaum atau golongan yang akan merosakkan muka bumi ini sedahsyat-dahsyatnya.Begitu kuat dan ramainya bilangan mereka sehingga boleh merosakkan hampir keseluruhan muka bumi ini.
          Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Al Karim,Surah Al-Kahfi ayat 93,yang bermaksud...
     Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
          Jelas sekali,Yakjuj dan Makjuj ini sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi berdasarkan firman Allah di atas tadi.
          Sebenarnya Yakjuj dan Makjuj sudah hidup sejak dahulu lagi,tetapi mereka telah 'dipenjarakan' oleh Zulkarnain dengan berlapis-lapis tirai besi yang sangat besar,tebal dan kuat yang diperbuat daripada campuran berbagai-bagai jenis tembaga dan besi.
          Siapakah Zulkarnain???Bagi pengetahuan anda,kisah dan riwayat hidup Zulkarnain atau Raja Zulkarnain ini amatlah panjang.Tetapi,dipendekkan cerita,Zulkarnain dilahirkan di Macedonia.Beliau adalah seorang hamba Allah yang dikurniakan kepadanya otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.Beliau adalah raja yang adil kerana berjaya memerintah dan menyatukan rakyat di Timur dan Barat.
          Berbalik kepada kisah Yakjuj dan Makjuj,mereka sentiasa menghakis dinding besi yang berlapis-lapis yangdicipta oleh Zulkarnain.Kaum Yakjuj dan Makjuj terkurung di 2 buah gunung yang tidak diketahui.Mereka akan berjaya keluar dari sana untuk merosakkan muka bumi pada hari kiamat.
          Setelah berita yang mengatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibebaskan sampai ke pengetahuan Nabi Isa A.S,Nabi Isa A.S terus membawa seluruh pengikutnya untuk ke bukit Sinai seperti yang diperintahkan AllahS.W.T. Kemudian mereka berlindung di sana sehingga dikepung oleh Yakjuj dan Makjuj.Pada ketika itu,Nabi Isa A.S. serta pengikutnya sangat memerlukan barang keperluan sehinggakan 1 kepala lembu pun lebih bernilai berbanding dengan 1000 dinar.Atas sebab tidak tahan dengan kesusahan tersebut,mereka berdoa kepada Allah S.W.T. supaya dibinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj tersebut.Kemudian,Allah menurunkan wabak penyakit kepada kaum Yakjuj dan Makjuj iaitu satu penyakit yang terdapat dalam hidung-hidung kambing dan unta.penyakit tersebut akan menyerang ke tengkuk-tengkuk kaum Yakjuj dan Makjuj sehingga mereka mati secara serentak.Selepas itu,Nabi Isa A.S. bergerak meninggalkan bukit sinai tetapi tidak dapat bergerak kerana seluruh kawasan dipenuhi dengan bangkai-bangkai kaum tersebut.
          Lantaran itu,Nabi Isa serta kaumnya berdoa sekali lagi kepada Allah S.W.T. agar dihapuskan bangkai tersebut.Kemudian,Allah S.W.T menurunkan burung-burung yang panjang lehernya seperti unta untuk membawa bangkai-bangkai yang bertaburan ke sesuatu tempat yang tidak diketahui.Selepas itu,hujan diturunkan untuk membersihkan muka bumi daripada darah yang tumpah di merata tempat.pelbagai jenis tumbuhan dan binatang ternakan dibiakkan dengan subur sekali.Sehinggakan sebiji buah delima dapat memuaskan sekelompok besar manusia dan susu kambing dapat menampung 1 keluarga.Selepas itu,amanlah seluruh penduduk di sana sehingga berlakunya pula tanda-tanda kiamat yang seterusnya.....
          Baiklah,sampai di sini sajalah perbincangan kita  pada kali ini.Harap,kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran tentang kisah ini.Sekian.....Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....

No comments:

Post a Comment