Saturday, 12 October 2013

Adab-adab Belajar



Adab Belajar


        
 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog sekalian.Pernahkah kita terfikir kenapa apabila kita belajar,satu benda pun tak masuk dalam otak kita.Tahukah anda kenapa perkara tersebut terjadi.Saya ada jawapannya.Salah satu puncanya adalah kita tidak mengamalkan adab belajar sebelum kita memulakan pembelajaran.Bacaan Bismillahhirrahmanirrahim pun tidak dibaca.Begitu malas dan sombongnya kita kerpada Allah S.W.T.Sekurang-kurangnya bacalah bimillah dulu.macammana ilmu nak masuk kalau tidak mendapat keredhaanNya.
          Berbalik kepada adab menuntut ilmu ,antara adabnya adalah kita mestilah berniat dengan niat yang ikhlas.Sebelum belajar,tetapkan dalam hati kita bahawa ingin menuntut ilmu kerana Allah S.W.T.Bukan kerana niat yang tidak baik seperti ingin riak,ujub dan sebagainya.Dengan cara ini,semua orang akan  meredhai ilmu yang mereka berikan kepada kita tanpa menyimpan dendam kepada kita.
          Selain itu,kita hendaklah menghormati guru-guru dan sesiapa sahaja yang telah mengajar kita walau hanya mengajar sedikit ilmu sahaja.Seperti kisah seorang sahabat nabi bila dia hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama Rasulullah.Sedang beliau berjalan,beliau terlihat seorang tua yang sedang berjalan di hadapannya dengan sangat lambat.Sahabat itu terus mengikutinya dari belakang dan tidak melencong orang tua itu kerana dia telah memberikan ilmu kepadanya.Rasulullah yang mengimami solat berjemaah tersebut menyedari bahawa sahabatnya yang selalu berkunjung ke masjid untuk berjemaah sama-sama dengan beliau menyedari bahawa sahabatnya tidak datang lagi ke masjid.Disebabkan terlalu lambat,Rasulullah S.A.W menunaikan solat berjemaah  bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.Setelah selesai solat,para makmum semua berasa sakit pinggang dan badan.Lalu,mereka bertanyakan kepada Rasulullah,"Wahai Rasulullah,kenapa kamu rukuk terlalu lama pada  rakaat terakhir?"
          Sebenarnya,pada rakaat yang terakhir,baginda rukuk sangatlah lama sehinggakan para makmum berasa sakit badan semata-mata untuk menunggu sahabatnya(yang tidak melencong orang tua tadi)untuk solat bersama-sama dengan Baginda.Ilmu yang diajarkan oleh orang tua tersebut kepada sahabat tadi tidaklah banyak mana tetapi sahabat tersebut tetap menghormatinya sedaya upaya walaupun orang tua tersebut adalah non-muslim.Oleh itu,kita hendaklah mencontohi sikap-sikap sahabat Rasulullah yang sangat menghormati gurunya.Pada zaman sekarang,jauh bezanya.Rata-rata di kalangan remaja begitu tidak beradab terhadap guru-guru mereka.Contohnya,mereka sering mengejek guru-guru dengan panggilan yang kurang sopan sma ada di hadapan atau dibelakang guru.Macammana ilmu nak masuk????Kalau sikap ini yang diamalkan oleh para pelajar di Malaysia,saya pasti akan berkuranglah golongan yang berjaya mengejar cita-cita dan impian mereka.
          Seterusnya,kita hendaklah mengurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat ketika,sebelum dan selepas belajar.Apabila kita selalu mengatakan perkara-perkara yang tidak bermanfaat,ia akan membawa kesan yang buruk kepada kita.Dan apabila kita menjauhi perkara tersebut,InsyaAllah,kita akan memperoleh pelbagai manfaat dan dimudahkan urusan ketika belajar.
          Selain daripada itu,kita perlulah bersabar ketika menghadapi kesukaran ketika belajar.Semua itu adalah sebahagian dari cabaran yang Allah S.W.T berikan kepada kita.Walaupun kita sering menghadapi kegagalan,kita perlulah tetap berusaha sehingga mengecapi kejayaan.Kejayaan bukanlah satu destinasi,tetapi ia adalah satu perjalanan.Maksudnya di sini adalah kejayaan merupakan satu perjalanan di mana kita perlu menghadapi pelbagai cabaran,halangan dan rintangan untuk mendapatkannya.Sesungguhnya,orang yang berjaya adalah orang yang terus bangun tanpa berputus asa dan perasaan jemu walaupun terus-menerus mendapat kegagalan.
          Kesimpulannya,kita hendaklah mengamalkan adab belajar agar mendapat keredhaanNya ketika belajar.Satu lagi tips adalah bacalah Surah Al-Fatihah,Ayat Kursi,Surah Al-Insyirah dan doa penerang hati sebelum belajar.
          Berakhirnya tips yang saya berikan tadi,maka berakhirlah perkongsian ilmu kita pada kali ini.Harap,segala tips yang saya kongsikan tadi dapat dimanfaatkan dan diamalkan untuk kebaikan bersama.Yang baik itu daripada  Allah,yang buruk daripada kesilapan saya sendiri.Sekian,assalamualaikumwarahmatullahhiwabarkatuh.......






No comments:

Post a Comment