Cara Mengawal Kemarahan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog sekalian.Segala puji bagi Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk sentiasa beribadat kepadanya. Juga bekerja dan menuntut ilmu untuk menambah asam garam hidup.Tetapi semua itu adalah permainan dunia,jangan kita terpengaruh dengan kekejaman dunia yang boleh membawa kita ke jalan yang salah,iaitu jalan yang melupakan Allah.Dunia ini memang lincah sikapnya.So,janganlah kita terpengaruh dengannya.
Pembaca blog yang dihormati sekalian,
Kebanyakan remaja dan masyarakat zaman sekarang sering terlibat dengan stres dan konflik,terutamanya bagi golongan yang berkerjaya.Stres dan konflik ini akhirnya akan mengundang kemarahan.Jadi,hari ini,saya akan menerangkan bagaimana cara untuk menguruskan kemarahan.Sebelum perkara yang lebih buruk lagi terjadi,adalah lebih baik lagi sekiranya kita mengikuti langkah-langkah untuk menguruskan kemarahan ini.
Sebelum itu,saya ingin bagi introduction dulu,harap bersabar.Marah ni sebenarnya ujian bagi Allah untuk menguji iman dan tahap kesabaran kita.Dan marah ini juga dibangkitkan oleh syaitan.Sebab tu bila kita marah,kita akan berasa panas.Makin marah makin panas dibuatnya.Sebab syaitan itu diperbuat daripada api yang bersifat panas.Kalau kita sangat marah,maksudnya kita kalah dengan bisikan dan godaan syaitan.Syaitan pun berasa bangga.Sebab tu,bila orang marah,pelbagai kejadian buruk boleh terjadi.Contohnya,kejadian membunuh,mencekik,baling benda tajam dan sebagainya.Semuanya disebabkan oleh syaitan durjana yang direjam.Sebelum benda tu terjadi,adalah baiknya jika kita mengamalkan cara mengurus kemarahan.
Cara yang paling senang untuk meredakan kemarahan ialah tenangkan diri.Anda boleh tenangkan diri dengan cara beristighfar banyak kali dan menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembuskan nafas melalui mulut sambil membayangkan perkara-perkara dan unsur-unsur negatif itu sedang keluar dari tubuh badan anda.Dengan beristighfar,ia sedikit sebanyak dapat membantu menghalau dan menakutkan syaitan-syaitan yang banyak berada di dalam dan luar badan kita.
Selain itu,kita perlu sentiasa mengubah posisi tubuh.Jika kita sedang berdiri,perlulah duduk.Jika sedang duduk,anda boleh berbaring.Jika anda sedang baring,anda sewajarnya mengambil air wudu'.Itulah yang sebaik-baiknya.
Seterusnya,pejamkanlah mata.Ini kerana,mungkin ada perkara yang kita lihat akan membuat kita marah seperti bil-bil yang masih belum dijelaskan dan sebagainya.Dengan cara memejamkan mata,mungkin akan meredakan sedikit kemarahan kita.
Selain daripada itu,kita boleh mengurus kemarahan dengan cara bersolat sunat taubat kepada Allah S.W.T.Dengan meletakkan segala tumpuan kepada Allah S.W.T,In Syaa Allah marah akan ditenangkan.Yakinlah bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
Akhirnya,marilah sama-sama kita meletakkan marah pada posisi yang sepatutnya.Apabila anda benar,anda tidak perlu marah.Apabila anda salah,anda tidak boleh marah.
Setakat ini sahajalah perdiskusian kita pada kali ini.Semoga kita sentiasa diberkati Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan sepanjang hari-hari ini.Segala yang baik daripada Allah,segala yang buruk daripada kesilapan kita sendiri.Ingatlah,kita ini kerdil sahaja di mata pandangan Allah Yang Maha Besar.Sekian,assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam lebaran.......
SENYUMLAH SELALU...




