Monday, 14 October 2013

Cara Mengawal Kemarahan

Cara Mengawal Kemarahan

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog sekalian.Segala puji bagi Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk sentiasa beribadat kepadanya. Juga bekerja dan menuntut ilmu untuk menambah asam garam hidup.Tetapi semua itu  adalah permainan dunia,jangan kita terpengaruh dengan kekejaman dunia yang boleh membawa kita ke jalan yang salah,iaitu jalan yang melupakan Allah.Dunia ini memang lincah sikapnya.So,janganlah kita terpengaruh dengannya.
  Pembaca blog yang dihormati sekalian,
          Kebanyakan remaja dan masyarakat zaman sekarang sering terlibat dengan stres dan konflik,terutamanya bagi golongan yang berkerjaya.Stres dan konflik ini akhirnya akan mengundang kemarahan.Jadi,hari ini,saya akan menerangkan bagaimana cara untuk menguruskan kemarahan.Sebelum perkara yang lebih buruk lagi terjadi,adalah lebih baik lagi sekiranya kita mengikuti langkah-langkah untuk menguruskan kemarahan ini.
          Sebelum itu,saya ingin bagi introduction dulu,harap bersabar.Marah ni sebenarnya ujian bagi Allah untuk menguji iman dan tahap kesabaran kita.Dan marah ini juga dibangkitkan oleh syaitan.Sebab tu bila kita marah,kita akan berasa panas.Makin marah makin panas dibuatnya.Sebab syaitan itu diperbuat daripada api yang bersifat panas.Kalau kita sangat marah,maksudnya kita kalah dengan bisikan dan godaan syaitan.Syaitan pun berasa bangga.Sebab tu,bila orang marah,pelbagai kejadian buruk boleh terjadi.Contohnya,kejadian membunuh,mencekik,baling benda tajam dan sebagainya.Semuanya disebabkan oleh syaitan durjana yang direjam.Sebelum benda tu terjadi,adalah baiknya jika kita mengamalkan cara mengurus kemarahan.
          Cara yang paling senang untuk meredakan kemarahan ialah tenangkan diri.Anda boleh tenangkan diri dengan cara beristighfar banyak kali dan menarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembuskan nafas melalui mulut sambil membayangkan perkara-perkara dan unsur-unsur negatif itu sedang keluar dari tubuh badan anda.Dengan beristighfar,ia sedikit sebanyak dapat membantu menghalau dan menakutkan syaitan-syaitan yang banyak berada di dalam dan luar badan kita.


          Selain itu,kita perlu sentiasa mengubah posisi tubuh.Jika kita sedang berdiri,perlulah duduk.Jika sedang duduk,anda boleh berbaring.Jika anda sedang baring,anda sewajarnya mengambil air wudu'.Itulah yang sebaik-baiknya.
          Seterusnya,pejamkanlah mata.Ini kerana,mungkin ada perkara yang kita lihat akan membuat kita marah seperti bil-bil yang masih belum dijelaskan dan sebagainya.Dengan cara memejamkan mata,mungkin akan meredakan sedikit kemarahan kita.
          Selain daripada itu,kita boleh mengurus kemarahan dengan cara bersolat sunat taubat kepada Allah S.W.T.Dengan meletakkan segala tumpuan kepada Allah S.W.T,In Syaa Allah marah akan ditenangkan.Yakinlah bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.
          Akhirnya,marilah sama-sama kita meletakkan marah pada posisi yang sepatutnya.Apabila anda benar,anda tidak perlu marah.Apabila anda salah,anda tidak boleh marah.
          Setakat ini sahajalah perdiskusian kita pada kali ini.Semoga kita sentiasa diberkati Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan sepanjang hari-hari ini.Segala yang baik daripada Allah,segala yang buruk daripada kesilapan kita sendiri.Ingatlah,kita ini kerdil sahaja di mata pandangan Allah Yang Maha Besar.Sekian,assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam lebaran.......


SENYUMLAH SELALU...

Saturday, 12 October 2013

Adab-adab Belajar



Adab Belajar


        
 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog sekalian.Pernahkah kita terfikir kenapa apabila kita belajar,satu benda pun tak masuk dalam otak kita.Tahukah anda kenapa perkara tersebut terjadi.Saya ada jawapannya.Salah satu puncanya adalah kita tidak mengamalkan adab belajar sebelum kita memulakan pembelajaran.Bacaan Bismillahhirrahmanirrahim pun tidak dibaca.Begitu malas dan sombongnya kita kerpada Allah S.W.T.Sekurang-kurangnya bacalah bimillah dulu.macammana ilmu nak masuk kalau tidak mendapat keredhaanNya.
          Berbalik kepada adab menuntut ilmu ,antara adabnya adalah kita mestilah berniat dengan niat yang ikhlas.Sebelum belajar,tetapkan dalam hati kita bahawa ingin menuntut ilmu kerana Allah S.W.T.Bukan kerana niat yang tidak baik seperti ingin riak,ujub dan sebagainya.Dengan cara ini,semua orang akan  meredhai ilmu yang mereka berikan kepada kita tanpa menyimpan dendam kepada kita.
          Selain itu,kita hendaklah menghormati guru-guru dan sesiapa sahaja yang telah mengajar kita walau hanya mengajar sedikit ilmu sahaja.Seperti kisah seorang sahabat nabi bila dia hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama Rasulullah.Sedang beliau berjalan,beliau terlihat seorang tua yang sedang berjalan di hadapannya dengan sangat lambat.Sahabat itu terus mengikutinya dari belakang dan tidak melencong orang tua itu kerana dia telah memberikan ilmu kepadanya.Rasulullah yang mengimami solat berjemaah tersebut menyedari bahawa sahabatnya yang selalu berkunjung ke masjid untuk berjemaah sama-sama dengan beliau menyedari bahawa sahabatnya tidak datang lagi ke masjid.Disebabkan terlalu lambat,Rasulullah S.A.W menunaikan solat berjemaah  bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.Setelah selesai solat,para makmum semua berasa sakit pinggang dan badan.Lalu,mereka bertanyakan kepada Rasulullah,"Wahai Rasulullah,kenapa kamu rukuk terlalu lama pada  rakaat terakhir?"
          Sebenarnya,pada rakaat yang terakhir,baginda rukuk sangatlah lama sehinggakan para makmum berasa sakit badan semata-mata untuk menunggu sahabatnya(yang tidak melencong orang tua tadi)untuk solat bersama-sama dengan Baginda.Ilmu yang diajarkan oleh orang tua tersebut kepada sahabat tadi tidaklah banyak mana tetapi sahabat tersebut tetap menghormatinya sedaya upaya walaupun orang tua tersebut adalah non-muslim.Oleh itu,kita hendaklah mencontohi sikap-sikap sahabat Rasulullah yang sangat menghormati gurunya.Pada zaman sekarang,jauh bezanya.Rata-rata di kalangan remaja begitu tidak beradab terhadap guru-guru mereka.Contohnya,mereka sering mengejek guru-guru dengan panggilan yang kurang sopan sma ada di hadapan atau dibelakang guru.Macammana ilmu nak masuk????Kalau sikap ini yang diamalkan oleh para pelajar di Malaysia,saya pasti akan berkuranglah golongan yang berjaya mengejar cita-cita dan impian mereka.
          Seterusnya,kita hendaklah mengurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat ketika,sebelum dan selepas belajar.Apabila kita selalu mengatakan perkara-perkara yang tidak bermanfaat,ia akan membawa kesan yang buruk kepada kita.Dan apabila kita menjauhi perkara tersebut,InsyaAllah,kita akan memperoleh pelbagai manfaat dan dimudahkan urusan ketika belajar.
          Selain daripada itu,kita perlulah bersabar ketika menghadapi kesukaran ketika belajar.Semua itu adalah sebahagian dari cabaran yang Allah S.W.T berikan kepada kita.Walaupun kita sering menghadapi kegagalan,kita perlulah tetap berusaha sehingga mengecapi kejayaan.Kejayaan bukanlah satu destinasi,tetapi ia adalah satu perjalanan.Maksudnya di sini adalah kejayaan merupakan satu perjalanan di mana kita perlu menghadapi pelbagai cabaran,halangan dan rintangan untuk mendapatkannya.Sesungguhnya,orang yang berjaya adalah orang yang terus bangun tanpa berputus asa dan perasaan jemu walaupun terus-menerus mendapat kegagalan.
          Kesimpulannya,kita hendaklah mengamalkan adab belajar agar mendapat keredhaanNya ketika belajar.Satu lagi tips adalah bacalah Surah Al-Fatihah,Ayat Kursi,Surah Al-Insyirah dan doa penerang hati sebelum belajar.
          Berakhirnya tips yang saya berikan tadi,maka berakhirlah perkongsian ilmu kita pada kali ini.Harap,segala tips yang saya kongsikan tadi dapat dimanfaatkan dan diamalkan untuk kebaikan bersama.Yang baik itu daripada  Allah,yang buruk daripada kesilapan saya sendiri.Sekian,assalamualaikumwarahmatullahhiwabarkatuh.......






Yakjuj Dan Makjuj

Yakjuj Dan Makjuj
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog saya sekalian.Setinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur untuk menulis blog ini.In Syaa Allah,pada kali ini saya akan membincangkan serba sedikit tentang Yakjuj dan Makjuj,salah satu daripada tanda-tanda besar hari kiamat,iaitu satu puak atau kaum atau golongan yang akan merosakkan muka bumi ini sedahsyat-dahsyatnya.Begitu kuat dan ramainya bilangan mereka sehingga boleh merosakkan hampir keseluruhan muka bumi ini.
          Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Al Karim,Surah Al-Kahfi ayat 93,yang bermaksud...
     Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
          Jelas sekali,Yakjuj dan Makjuj ini sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi berdasarkan firman Allah di atas tadi.
          Sebenarnya Yakjuj dan Makjuj sudah hidup sejak dahulu lagi,tetapi mereka telah 'dipenjarakan' oleh Zulkarnain dengan berlapis-lapis tirai besi yang sangat besar,tebal dan kuat yang diperbuat daripada campuran berbagai-bagai jenis tembaga dan besi.
          Siapakah Zulkarnain???Bagi pengetahuan anda,kisah dan riwayat hidup Zulkarnain atau Raja Zulkarnain ini amatlah panjang.Tetapi,dipendekkan cerita,Zulkarnain dilahirkan di Macedonia.Beliau adalah seorang hamba Allah yang dikurniakan kepadanya otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.Beliau adalah raja yang adil kerana berjaya memerintah dan menyatukan rakyat di Timur dan Barat.
          Berbalik kepada kisah Yakjuj dan Makjuj,mereka sentiasa menghakis dinding besi yang berlapis-lapis yangdicipta oleh Zulkarnain.Kaum Yakjuj dan Makjuj terkurung di 2 buah gunung yang tidak diketahui.Mereka akan berjaya keluar dari sana untuk merosakkan muka bumi pada hari kiamat.
          Setelah berita yang mengatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibebaskan sampai ke pengetahuan Nabi Isa A.S,Nabi Isa A.S terus membawa seluruh pengikutnya untuk ke bukit Sinai seperti yang diperintahkan AllahS.W.T. Kemudian mereka berlindung di sana sehingga dikepung oleh Yakjuj dan Makjuj.Pada ketika itu,Nabi Isa A.S. serta pengikutnya sangat memerlukan barang keperluan sehinggakan 1 kepala lembu pun lebih bernilai berbanding dengan 1000 dinar.Atas sebab tidak tahan dengan kesusahan tersebut,mereka berdoa kepada Allah S.W.T. supaya dibinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj tersebut.Kemudian,Allah menurunkan wabak penyakit kepada kaum Yakjuj dan Makjuj iaitu satu penyakit yang terdapat dalam hidung-hidung kambing dan unta.penyakit tersebut akan menyerang ke tengkuk-tengkuk kaum Yakjuj dan Makjuj sehingga mereka mati secara serentak.Selepas itu,Nabi Isa A.S. bergerak meninggalkan bukit sinai tetapi tidak dapat bergerak kerana seluruh kawasan dipenuhi dengan bangkai-bangkai kaum tersebut.
          Lantaran itu,Nabi Isa serta kaumnya berdoa sekali lagi kepada Allah S.W.T. agar dihapuskan bangkai tersebut.Kemudian,Allah S.W.T menurunkan burung-burung yang panjang lehernya seperti unta untuk membawa bangkai-bangkai yang bertaburan ke sesuatu tempat yang tidak diketahui.Selepas itu,hujan diturunkan untuk membersihkan muka bumi daripada darah yang tumpah di merata tempat.pelbagai jenis tumbuhan dan binatang ternakan dibiakkan dengan subur sekali.Sehinggakan sebiji buah delima dapat memuaskan sekelompok besar manusia dan susu kambing dapat menampung 1 keluarga.Selepas itu,amanlah seluruh penduduk di sana sehingga berlakunya pula tanda-tanda kiamat yang seterusnya.....
          Baiklah,sampai di sini sajalah perbincangan kita  pada kali ini.Harap,kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran tentang kisah ini.Sekian.....Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....

Saturday, 14 September 2013

Punca-punca Gagal Dalam Peperiksaan

Punca-punca Gagal Dalam Peperiksaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya sekelian.Kebanyakan daripada kita sering gagal dalam peperiksaan.Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara yang mereka sering lakukannya dan mereka juga tidak menyedari perkara tersebut.Jika mereka menyedari sekalipun,mereka akan mengambil ringan perkara tersebut.Oleh itu,saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengupas serba sedikit mengapa ramai pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.Pada pandangan saya,para pelajar sering gagal dalam peperiksaan adalah disebabkan:-

   1.Kurang usaha dan doa kepada tuhan.
  Dua perkara ini perlu diseimbangkan.Jika ia berat sebelah,agak sukar untuk kita mencapai kejayaan.kalau     kita hanya usaha tetapi tidak berdoa dan meminta pertolongan dari Allah.agak susah untuk berjaya.Begitu     juga dengan sebaliknya...

   2.Tiada berkat ibu bapa dan guru.
  Justeru itu,sebelum kita melalui peperiksaan pada esok hari,kita digalakkan suaya meminta maaf kepada ibu   bapa kita serta guru-guru kita juga kepada rakan-rakan.Ilmu yang mereka beri kepada kita akan                   diberkati....

   3.Mudah berputus asa.
  Apabila kita mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan buat pertama kalinya,janganlah            berputus asa.Sesungguhnya Allah bersama kita.Anggap itu sebagai satu pemangkin kepada kita untuk terus    berusaha tanpa rasa jemu dan penat.Sesungguhnya manusia yang berjaya adalah manusia yang terus  berusaha walaupun mendapat kegagalan berkali-kali.....

   4.Kurang memberi tumpuan.
  Sikap pelajar yang kurang memberikan tumpuan ketika guru mengajar juga menjadi penyebab pelajar gagal    dalam peperiksaan. Pelajar yang kurang memberikan tumpuan, lazimnya tidak dapat menguasai pelajaran  yang diajar oleh guru. Apabila sesuatu tajuk itu keluar dalam peperiksaan, pasti pelajar tidak dapat  menjawab dengan baik. Oleh yang demikian, pelajar seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika  guru mengajar di dalam kelas.

   5.Suka ponteng
 Sikap pelajar yang suka ponteng kelas dan ponteng sekolah juga merupakan salah satu sebab mereka gagal dalam peperiksaan. Apabila pelajar ponteng kelas, pelajar pasti akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Jika pelajar selalu ponteng sekolah, maka pelajar akan ketinggalan lebih banyak lagi dalam pelajaran. Sikap negatif ini pasti akan menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah pengetahuan pembaca blog saya semua sekaligus sukses dalam peperiksaan yang akan datang.....terima kasih....................

 
“Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden)

 “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)


. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confusius)

Friday, 13 September 2013

Kelebihan Surah Al-Haysr
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Hari ini,saya akan menceritakan tentang kelebihan surah al-Hasyr.

     Ammar bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud.

“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.

Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.

Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.

Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:

“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”

Jadi,beruntunglah orang yang selalu membaca ayat ini.lebih-lebih lagi orang yang menghafalnya....renung-renungkanlah...........................moga kita dapat beramal dan sampaikan...

Tuesday, 3 September 2013

BAHAYA SYIAH!!!





 Bahaya Syiah!!!  

        Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca setia blog saya.Pada kali ini,saya ingin meyentuh serba sedikit tentang satu isu yang sudah popular di serata dunia termasuklah negara kita,Malaysia........isu SYIAH...

        Kaum SYIAH sudah berleluasa  hampir di seluruh negara.Seperti yang berlaku sekarang,banyak berlaku kes-kes tentang syiah.Seperti yang diceritakan oleh salah seorang penceramah/ustaz undangan saya di sekolah,kaum syiah dengan tidak berperikemanusiaan sanggup membunuh ahli sunnah wal jamaah.seramai yang mungkin kerana mereka mahu ajaran mereka diterima seluruh manusia dan untuk mengurangkan ataupun lebih kejam lagi melupuskan ajaran ahli sunnah wal jamaah,aqidah yang benar.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk membunuh ahli sunnah wal jamaah,antaranya ialah seperti mengebom,mengugut,menembak,menculik,meyeksa dan lebih teruk lagi mereka sanggup membakar ahli sunnah wal jamaah hidup-hidup demi mempertahankan agama mereka yang sesat itu.

        Seperti yang anda semua maklum,ahli SYIAH juga sudah berada di negara kita.Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia,yang juga merupakan negara Islam,perlu berwaspada dengan perkara ini.Antara cara-caranya ialah kita hendaklah mengenal pasti sikap dan perwatakan kaum syiah.Kaum syiah biasanya:-

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

Oleh itu,kita sewajarnya berhati-hati dengan ajaran ini.Jangan mudah terpengaruh dengan orang yang tidak dikenali.jangan membaca dan mempercayai risalah-risalah atau keratan yang menghina Islam.

Baiklah,sekadar ini sajalah coretan saya pada kali ini.Harap dengan perkongsian ini dapat memantapkan pemahaman para pembaca tentang bahayanya syiah.Sekian.........