Wednesday, 14 September 2016

MAAF BERLAKU RALAT

Adab Menjaga Kemudahan Awam

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blog sekalian.Selaku seorang rakyat Malaysia yang prihatin,saya yakin lagi percaya betapa pentingnya untuk berkongsikan topik ini kepada anda semua supaya dapat membentuk sebuah negara yang bertamadun dan mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus dapat merealisasikan hasrat murni negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
            Berikut merupakan alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk topik adab menjaga kemudahan awam tingkatan 4.Moga bermanfaat untuk semua...Terima kasih!!

Saturday, 12 March 2016

Perpindahan Yang Dinanti..
Siapa yang suka ke tembat baru??Sudah pasti tidak ada sesiapa yang akan suka..Tetapi itulah yang akan berlaku kepada saya..takpelah..dah nasib kena pindah kann...terpaksalah aku terima hakikat sebenar kehidupan ini..tinggalkan kawan lam,cikgu-cikgu yang penyanyang..new environment will be pointless without old friends..hmm..bye2 mersing..welcome tgb..STAY POSITIVE!!!!

Sunday, 7 February 2016

Friendships

FRIENDSHIP
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera saya tujukan kepada pembaca blog saya sekalian..Pernahkah kita terdengar atau terbaca satu pepatah Inggeris yang menyatakan "Friendships Never End"??Sudah pasti ramai juga yang pernah mendengarkannya mungkin di majalah atau melalui perantaraan mulut orang-orang lain..Bagaimana pula dengan pepatah "Friends Comes and Go"??Pepatah ini lebih banyak didengari orang ramai terutama sekali di majlis-majlis perpisahan atau persaraan..
          Sebenarnya,semua orang akan melalui detik-detik getir dalam kehidupan ini..Bagi saya sendiri,saat perpisahan dengan sahabat merupakan satu detik yang tidak terkira sedihnya..Bayangkan,anda sudah bersahabat dengannnya selama bertahun lamanya,tetpi terpaksa berpisah disebabkan urusan kerja,sambung belajar dan sebagainya..Sebenarnya inilah pengorbanan yang tidak ternilai harganya di mana kita perlu meninggalkan orang tersayang semata-mata memenuhi kehendak untuk memajukan diri sendiri..
          Kembali semula kepada tajuk utama perbincangan kita pada kali ini.."Frienship"..Majoriti pembaca sudah mengetahui makna sebenar perkataan ini,malah ada yang sudah merasai sendiri kepahitan dan kemanisan dalam persahabatan..Yang belum merasainya,tidak mengapa..Kelak,anda akan merasainya juga.Pada masa yang sama,Berusahalah untuk mencari sahabat hakiki anda..
          Pada sesi kali ini,saya sendiri akan berkongsi pengalaman dalam persahabatan..Betapa pahit dan manisnya persahabatan ini..Bagi sesiapa yang bersahabat,tentunya akan sentiasa terkenang kembali saat bertemu dengan sahabat tersebut..Di mana,bagaimana dan waktu bila berlakunya jalinan ukhuwah tersebut..Sangat manis..Sahabat merupakan seseorang yang sedia membantu kita sewaktu kita susah,sahabat merupakan insan yang menjadi paling risau apabila kita ditimpa kecelakaan,sahabat merupakan insan yang akan gembira apabila kita gembira..Kadang-kadang,sahabat yang baik akan membelanjakan wang ringgit mereka semata-mata untuk memenuhi hajat sahabatnya..Mereka bukan lurus,tetapi mereka beranggapan bahawa nilai persahabatan ini adalah lebih tinggi daripada wang ringgit..Itulah hakikat yang sebenarnya..Mereka bukanlah lurus kerana sanggup berusaha keras untuk kita..Tetapi mereka beranggapan bahawa kerja keras itu merupakan perkara yang kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan yang sejati..Itulah manisnya persahabatan..Sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memenuhi hasrat yang terpendam oleh sahabatnya..
          Tetapi,pada masa yang sama,pergaduhan dan pertelingkahan itu memang tidak boleh dielakkan..Ada yang sampai berbulan-bulan tidak bertegur sapa kerana perasaan tidak berpuas hati antara satu sama lain..Sebenarnya,dalang bagi perkara ini sedikit sebanyak adalah berpunca daripada syaitan yang dilaknat Allah..Hal ini kerana,syaitan tidak akan sesekali bersenang hati dengan sebuah jalinan yang sejati dan berlandaskan syariat Allah..Syaitan akan melakukan apa-apa sahaja untuk memecahbelahkan umat Islam sejak zaman Adam a.s lagi..Justeru,pertahankanlah hubungan persahabatan ini supaya tidak diruntuhkan oleh syaitan..Bergaduh itu biasa tetapi cuba elakkan dan janganlah memakan masa yang terlalu lama sehinggan berbulan-bulan lamanya..Ringan-ringankanlah mulut untuk meminta maaf walaupun menyedari bahawa diri ini tidak bersalah kerana meminta maaf bukannya tanda kita lemah atau menyerah,tetapi tanda untuk kita merendah diri kepada orang lain..
          Apabila persahabatan sudah terjalin lamanya,akan tiba satu saat di mana kita terpaksa melepaskannya..Perpisahan memang tidak boleh dielakkan atas sebab kerja atau belajar..Malah,satu masa,kita juga akan berpisah dengan sahabat untuk bertemu dengan dunia barzakh..Oleh itu,terpaksalah kita menerima hakikat pepatah yang saya sebutkan di awal perbicaraan tadi "Friend comes and  go" walaupun terpaksa menghadamnya dengan hati yang berat..In Syaa Allah..jika diizinkan,kita akan bertemu kembali dengan sahabat tersebut di Syurga yang abadi..
          Akhir kalam,marilah kita sama-sama membina ukhuwah yang utuh dan dihalalkan oleh Allah S.W.T..Hindarilah daripada mendapatkan kasih daripada orang yang diharamkan seperti melakukan hubungan couple dan sebagainya..Sebaliknya,carilah sahabat yang boleh mengadu perasaan dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan..Itulah jalan yang diredhai Allah hendakNya..Wassalam...