Sunday, 27 December 2015

Communication Skill

Communication Skill
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada seluruh pembaca blog Faiz sekalian...OK.Pada kali ini saya akan update blog saya berkaitan dengan Communication Skill.Teknik komunikasi sangat penting kerana dalam kehidupan ini,kita sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk memperoleh sesebuah tindakan atau respons.
         Cara berkomunikasi bukan sahaja melibatkan lisan atau percakapan melalui mulut,tetapi,cara berkomunikasi juga termasuklah melalui lukisan,bunyi,simbol dan sebagainya.Sebagai contoh,orang di zaman dahulu kala menggunakan isyarat gendang sebagai salah satu teknik berkomunikasi untuk menandakan masuknya waktu solat,isyarat asap untuk meminta pertolongan,menandakan bahaya dan sebagainya.
        Tetapi,berbeza pula pada zaman yang membangun ini,teknik berkomunikasi telah berkembang luas melalui perkembangan teknologi yang diasaskan oleh pemikiran manusia dan pelopor dalam bidang ini.Penggunaan telefon bimbit telah membawa dunia kepada sebuah perubahan ketara kepada revolusi komunikasi manusia.
        Kini,rakyat malaysia khususnya menggunakan telefon pintar sebagai salah satu cara berkomunikasi yang dominan antara satu sama lain.Aplikasi media sosial seperti WhatsApps,WeChat,Facebook,Twitter dan Instagaram merupakan perantara yang sungguh efektif dalam perkembangan rangkaian perhubungan manusia.
        Tetapi,dalam menelusuri arus pemodenan yang cukup pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini,kita sebagai rakyat MAlaysia seharusnya menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya dan tidak melanggar batasan sebagai seorang Islam.Janganlah kita terlalu leka dengan kemudahan ini sehingga mengabaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam.Solat jangan lupe,ingat Allah...OK??!!
        Baiklah,cukup sekadar di sini sahaja coretan pada kali ini.Harap kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang..Assalamualaikum.Live Your Life!!! (F)