Wednesday, 31 December 2014

Selamat Tinggal 2014

Selamat Tinggal 2014
Alhamdulillah,syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya kita diberi peluang untuk mengharungi tahun 2014 yang penuh dengan kisah suka dan duka serta liku-liku hidup yang amaat wajar dan lumrah bagi kita sebagai umat manusia untuk melalui saat-saat tersebut.....Suka saya ingatkan di sini walau apa apapun yaang berlaku dan walau bagaimanapun berlaku di sepanjang kehidupan ini,kita perlu ingat bahawa dunia ini merupakan satu permainan kepada kita.....ingatlah juga bahawa dunia ini merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam dan di akhirat nanti kita akan memperoleh hasil daripada tanaman kita di dunia....jika kita bersungguh-sunnguh untuk mendapatkan keredhaan Allah pdi dunia dan di akhirat,maka yakinlah bahawa anda akan memperoleh nikmatnya di akhirat kelak......
Seperti yang kita tahu,2014 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi.jadi,kita perlulah membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi tahun 2015 yang pastinya akan memberikan sesuatu impak yang besar kepada kita....
Bagi pelajar yang ingin melangkah ke peringkat seterusnya...sekolah rendah ke sekolah menengah dan lain-lain.....anda mesti akan merasakan semangat yang membuak-buak untuk menghadapi tahun yang seterusnya....tapi dalam semangat yang membara itu pastinya akan terselit sedikit kegusaran dalam hati para pelajar untuk melangkah ke peringkat seterusnya...

Contohnya,mesti ada antara pelajar semua yang pasti sedikit risau untuk mempelajari pelajaran baharu berkemungkinan bersama guru baharu....tetapi jangan risau kerana lambat laun anda semua pasti akan terbiasa dengan perkara tersebut.hal ini saya tegaskan kepada pelajar yang bakal melalui tahun peperiksaan terutamanya PT3 dan SPM....

Pendek kata,walau apapun yang berlaku,kuatkan semangat anda dan perbaiki niat anda kerana penentu segala perbuataan yang akan anda bakal lakukan bergantung kepada sejauh mana keazaman dan niat anda untuk melakukan perkara tersebut sama ada secara sambil lewa atau bersungguh-sungguh....Jadikan masalah yang anda telah hadapi sebagai motivasi kepada anda untuk menjadi lebih matang untuk menyelesaikan masalah yang seterusnya....

Akhir kata,manfaatkan peluang yang ada pada tahun hadapan untuk menjadi seorang yang lebih berguna kepada keluarga,masyarakat dan negara.......INGAT!orang yang berjaya ialah orang yang bijak mencuri peluang yang ada.....semoga dengan coretan pada kali ini dapat dijadikan penggerak kepada pembaca sekalian untuk melakukan transformasi yang lebih maju dan berjaya pada masa-masa yang akan datang........nantikan keluaraan seterusnya.....Yang baik daripada Allah,yang buruk daripada kesilapan kita sendiri.......PEACE NO WAR....

Assalamualaikum.............